Contoh Laporan
Menurut Kamus Dewan (1996, h. 766), laporan boleh didefinisikan sebagai satu maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain yang dilaporkan). Malah, penggunaan bahasa yang lemah dan salah dalam pelbagai bentuk penulisan akan merendahkan keyakinan pembaca terhadap kecekapan dan profesionalime penulis yang diandaikan tidak mengetahui penggunaan bahasa melayu yang betul. Keadaan ini mungkin mewujudkan kakaburan makna atau timbul salah faham antara penulis dan pembaca.
Dengan demikian, adalah amat penting untuk menyemak dan menyunting sesuatu karya atau penulisan sebelum dihantar atau diterbit. Justeru, penggunaan bahasa atau perkataan perlu diutamakan bagi mengelakkan ketidakfahaman misalah penggunaan perkataan yang sukar atau berulang-ulang. Walau bagaimanapun, penulisan laporan adalah berbeza dengan jenis-jenis penulisan lain kerana ia bergantung kepada tujuan atau perkara yang hendak dilaporkan.
Ciri-ciri penulisan teks(Laporan)
Penulisan sesuatu laporan adalah berdasarkan kepada ciri-ciri umum seperti berikut:
1. Struktur dan gaya yang formal
Lazimnya, laporan mempunyai format khas yang meliputi tajuk, muka surat, pengenalan ringkas, senarai kandungan atau isi, cadangan, penutup laporan. Laras bahasanya formal dan tidak mempunyai ciri bahasa peribadi. Oleh itu, format laporan sebenarnya sesuai sebagai dokumen untuk edaran ramai atau sebagai suatu arahan.
2. Pembentangan berilustarsi
Penjelasan berkaitan sesuatu hujah, maklumat atau penerangan dalam penulisan laporan adalah lebih mudah menggunakan pembentangan dalam bentuk ilustrasi sama ada carta, gambar rajah, jadual, graf dan sebagainya. Ia bertujuan memudahkan sesuatu penerangan yang sukar dijelaskan.
3. Penyataan pendapat
Penulis biasanya akan membuat kesimpulan berdasarkan kajian, penilaian dan kupasan bukti-bukti yang kukuh sama ada daripada buku atau penyelidikan yang dilakukan.
4. Fungsi laporan
Laporan berfungsi sebagai memberi maklumat berkaitan sesuatu perkara dan memujuk pembaca supaya membuat pertimbangan tentang sebarang perkara yang dikemukakan oleh penulis. Oleh demikian, penulis mesti memahami keperluan pembaca dan mengemukakan butiran yang bersesuaian dengan keperluan pembaca.
Penghasilan Teks
Contoh Laporan
Laporan Mengenai Kes Pembuangan Bayi
1.0 PENGENALAN
Negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi. Namun, permasalahan pembuangan bayi yang melanda masyarakat kita saban hari dilaporkan semakin bertambah dari sehari ke sehari tanpa menunjukkan kadar penurunan. Paling memilukan apabila ada bayi yang dibakar di tempat pembuangan sampah. Tidak cukup dengan itu, ada juga bayi yang dibuang menjadi makanan kepada burung-burung gagak. Apalah dosa bayi-bayi itu apabila diperlakukan sebegitu. Memang nilai kemanusiaan sudah berkurangan dalam diri masyarakat kita hari ini.
2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKU PEMBUANGAN BAYI
2.1 Kekurangan Didikan Agama
2.2 Pengaruh Sakan Sebaya
2.3 Tiada Pengawasan Ibubapa
2.4 Sikap Masyarakat
3.0 Cadangan mengatasi masalah pembuangan bayi
3.1 Didikan agama
3.2 Peranan keluarga
3.3 Kempen kesedaran
3.4 Menguatkuasakan undang-undang
4.0 KESIMPULAN
Masalah pembuangan bayi merupakan salah satu natijah buruk yang terhasil akibat daripada pelbagai masalah masyarakat yang kini telah menjadi barah di dalam masyarakat kita. Justeru, kepincangan pendidikan, persekitaran, perundangan dan institusi keluarga harus diperbetulkan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni yang membawa kepada lahirnya generasi muda yang mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di zaman yang serba canggih dan moden ini.
0 comments:
Post a Comment