Hari Ini Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Welcome to My Blog.

"Setiap hari, terdapat banyak pekara yang berlaku di dunia ini. Segala yang berlaku ini perlu dicatat agar ianya dapat menjadi rujukan dan tatapan pada masa hadapan."

Thanks for coming. Have a nice day.Happy Surfing Everyone.!!!

Sunday, April 24, 2011

Sejarah Amerika Moden: Penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama merupakan satu peristiwa sejarah hitam yang berlaku di Eropah pada awal kurun yang ke-20 iaitu pada tahun 1914 hingga tahun 1917. Dalam peristiwa peperangan ini, ia telah melibatkan dua kuasa utama yang terdiri daripada gabungan beberapa negara Eropah itu sendiri. Kuasa tersebut ialah Pihak Berikat yang disertai oleh Britain, Perancis, Italy dan Rusia dan Pihak Paksi pula terdiri daripada Jerman, Empayar Uthmaniyyah, Bulgaria dan Austria.

Peperangan ini bemula di kawasan Balkan apabila berlaku keteganggan diantara Austria dengan Serbia. Akibat daripada keteganggan ini maka, Perang Dunia Pertama meletus pada 28 Julai 1914. Pada masa tersebut, presiden Amerika Syarikat iaitu Woodrow Wilson mengistiharkan satu dasar iaitu Dasar Berkecuali dimana beliau enggan melibatkan Amerika dalam mana-mana pertelingkahan yang berlaku di Eropah. Untuk menguatkan lagi dasar yang dilaksanakan oleh beliau ini, pada 4 Ogos 1914, Wilson telah mengumumkan bahawa tidak ada seorangpun warganegara Amerika yang boleh mengambil bahagian dalam peperangan secara langsung atau tidak langsung. Kenyataan beliau ini mendapat sokongan majoriti daripada rakyat Amerika.

Apa yang kita dapat lihat dalam situasi Amerika pada masa tersebut ialah ketegasan Presiden Wilson dalam memperjuangkan Dasar Berkecuali yang diamalkannya dan juga keruntuhan Dasar Berkecuali yang telah diamalkannya. Dalam hal ini, di awal Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1914 hingga tahun 1916, Dasar Berkecuali oleh Wilson itu amat ketara perlaksanaannya walaupun terdapat beberapa peristiwa yang mendorong Amerika untuk campurtangan dalam Perang Dunia Pertama ini. Namun, pada akhir peperangan ini memperlihatkan detik-detik keruntuhan Dasar Berkecuali yang dilaksanakan oleh Wilson. Ini disebabkan oleh beberapa peristiwa yang menjejaskan kepentingan Amerika dari segi ekonomi, sosial dan politik ke atas negara-negara di Eropah. Atas situasi tersebut dan desakan daripada rakyat, maka pada 6 April 1917, Amerika telah menyertai Perang Dunia Pertama dengan menyebelahi pihak Berikat. Ini memperlihatkan keruntuhan Dasar Berkecuali yang dilaung-laungkan oleh Amerika selama ini dibawah pemerintahan Presiden Woodrow Wilson. Pada Mei 1917, kongress telah meluluskan Akta Perkhidmatan Wajib bagi tujuan mempertingkatkan saiz dan kekuatan tentera Amerika dalam persediaan menghadapi perang dunia pertama.

Dasar Berkecuali Amerika

Sememangnya, perlantikan Woodrow Wilson daripada Parti Demokrat telah mengubah emej dan dasar Amerika daripada sebuah negara yang banyak campurtangan terhadap negara-negara luar kerana dasar Imperialismenya kepada sebuah negara yang senyap dan terasing daripada negara-negara luar. Sebelum ini kita dapat lihat sejauhmanakah campurtangan Amerika terhadap negara-negara seperti campurtangan terhadap negara Cuba, Venezuela, Puerto Rico dan Filipina khususnya di bawah pemerintahan McKinley.

Dalam era pemerintahan Wilson ini, keadaan di Eropah menjadi tidak aman dan banyak perbalahan dan peperangan berlaku antara negara-negara di benua tersebut. Akibat daripada keadaan ini, Wilson mengambil keputusan untuk tidak turut serta dalam keteganggan yang wujud di Eropah kerana pada masa tersebut, Amerika mempunyai kepentingan dalam bidang ekonomi di Eropah. Amerika sedar bahawa jikalau mereka terlibat dalam keteganggan ini dan menyebelahi antara salah satu pihak yang bertelagah, maka ia hanya akan menjejaskan kepentingan ekonomi mereka di benua tersebut. Wilson berpendapat bahawa adalah lebih baik kalau Amerika tidak campurtangan dalam mana-mana masalah dan keteganggan yang tercetus di Eropah bagi memastikan negara Amerika terus bebas dan aman. Inilah maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Wilson dalam dasar berkecuali yang diperkenalkan oleh beliau.

Di awal perang dunia pertama iaitu sekitar tahun 1914, 1915 dan 1916, dasar berkecuali oleh Amerika terhadap hal-hal yang berlaku di Eropah adalah amat teguh dan kukuh. Dalam hal ini, kita dapat lihat betapa tegasnya dan kukuhnya dasar berkecuali yang diamalkan oleh Amerika walaupun dicabar oleh beberapa isu yang wujud di Eropah yang sememangnya memerlukan campurtangan dari pihak Amerika untuk membendungnya, namun Wilson tetap tegas dengan dasar berkecualinya. Antara Isu yang mencabar dasar berkecuali Amerika pada masa tersebut ialah keteganggan Austria dengan Serbia, isu Belgium, sekatan dagang Britain dan isu kapal selam.


  • Keteganggan di kawasan Balkan

Di kawasan Balkan, wujud kesedaran nasionalisme di beberapa buah tempat. Contohnya, di Serbia telah wujud kesedaran politik dikalangan masyarakat Slav untuk menjadikan kawasan mereka bebas daripada pengaruh dan kekuasaan pihak yang lain. Ini kerana pada masa tersebut, Serbia dikuasai oleh negara Austria. Akibat daripada tuntutan Serbia untuk membebaskan diri mereka daripada kekuasaan Austria, maka ia telah mendapat tentangan daripada Austria dan enggan memberi kemerdekaan terhadap Serbia. Ekoran daripada tindakan Austria yang enggan memberi kemerdekaan terhadap Serbia, maka timbul rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Serbia terhadap Asutria. Perang ini dimulai setelah Pangeran Ferdinand dari Austro-Hongaria (sekarang Austria) dibunuh anggota kelompok teroris Serbia, Gavrilo Princip di Sarajevo. Pembunuhan bakal pewaris takhta kerajaan Austria-Hungary itu dilakukan pada 28 June 1914. Akibat daripada tindakan pembunuhan ini, maka Austria bertindak balas dengan mengistiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914 namun ianya gagal kerana Rusia campurtangan dalam masalah ini dengan melindungi Serbia. Kegagalan rancangan perang tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh Austria. Seterusnya, Austria telah mengadakan kerjasama dan pakatan dengan Jerman untuk memerangi Rusia. Pada 1 ogos 1914, Austria dan Jerman membuat persetujuan untuk mengistiharkan perang terhadap Rusia. Keadaan ini telah menambahkan kerumitan dan keteganggan di Eropah. Isu yang berlaku ini sememangnya telah menarik perhatian Amerika tetap gagal untuk menarik minat mereka untuk campurtangan dalam perang tersebut kerana Amerika berpendapat bahawa perang yang berlaku ini hanyalah satu isu yang hanya melibatkan negara-negara di kawasan Balkan dan tiada kena-mengena dengan negara Amerika serta terkecuali.

  • Isu Belgium

Isu ini bermula apabila tentera Jerman melakukan pencerobohan dan serangan yang kejam terhadap negara Belgium. Tindakan Jerman menceroboh Belgium ini sememangnya tidak wajar kerana sengketa yang dialami oleh Jerman tiada kena-mengena dengan Belgium kerana negara ini adalah sebuah negara berkecuali. Tindakan Jerman ini dianggap oleh rakyat Amerika sebagai sesuatu tindakan yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan juga hak asasi manusia. Disamping itu, rakyat Amerika juga sedar bahawa negara Belgium amat memerlukan pertolongan daripada kuasa-kuas besar seperti Britain dan juga Amerika. Namun, simpati rakyat Amerika terhadap negara Belgium ini hanyalah sekadar simpati dan tidak disusuli dengan tindakan untuk membantu Belgium kerana Presiden Woodrow Wilson tetap dengan pendirian beliau untuk meneruskan dasar berkecuali terhadap isu dan peristiwa yang berlaku di Eropah. Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Wilson ini diperkuatkan lagi dengan keuntungan yang diperolehi oleh Amerika dalam peperangan ini. Contohnya, eksport senjata Amerika terhadap negara Eropah telah mengalami peningkatan dimana pada bulan Januari 1916, eksport Amerika hanya bernilai $500 juta Dolar telah bertambah kepada $1680 juta Dolar pada bulan Mac 1917. Peluang ekonomi yang diperolehi oleh Amerika ini tidak dilepaskan dengan begitu sahaja malah menguatkan lagi dasar berkecuali oleh Wilson.

  • Sekatan Dagang Britain

Isu Sekatan Dagang yang dilaksankan oleh Britain merupakan satu usaha untuk melemahkan kekuatan pihak Paksi dengan memyekat segala barang daganggan khususnya alat makanan dan senjata daripada diterima oleh musuh Britain. Dalam isu sekatan ini, pihak Britain mengadakan sekatan kepada kapal laut yang melalui kawasan perairan kepulauan British. Kapal-kapal ini tidak di benarkan meneruskan perjalanan mereka ke negara Eropah yang lain seperti Jerman, Austria dan Hungary. Tindakan Britain disifatkan oleh rakyat Amerika sebagai melanggar hak asasi Amerika sebagai sebuah negara berkecuali kerana rakyat Amerika berpendapat bahawa mereka tidak patut dihalang daripada mengadakan hubugan perdaganggan dengan mana-mana negara kerana mereka tidak terikat dengan mana-mana kuasa di Eropah. Disamping itu juga ia telah melanggar undang-undang antarabangsa. Ekoran daripada tindakan pihak Britain ini, Amerika memberi reaksi dengan menghantar Setiausaha Negara iaitu William Jenning Bryan pada 6 Ogos 1914 untuk meminta supaya Britain mematuhi Deklerasi London yang telah dipersetujui pada tahun 1909.

Namun, usaha yang dilakukan oleh William Jenning Bryan ini gagal apabila British enggan mematuhi Deklerasi tersebut. Malah, pihak Britain mempertingkatkan lagi kawalan dan sekatan di perairannya pada Februari 1915. Akibat daripada sekatan dagang yang dilaksanakan oleh Britain ini menyebabkan pengeksportan barangan ke negara Eropah yang lain tergendala dan mengalami kemorosotan. Contohnya, eksport Amerika terhadap negara Paksi mengalami kemorosotan yang ketara antara tahun 1914 hinggan tahun 1916 di mana pada tahun 1914 eksport Amerika terhadap negara Paksi bernilai $168.3 juta Dolar menurun kepada 1.2 juta Dolar pada tahun 1916. Namun demikian, kemorosotan ini tidaklah mengugut perkemangan ekonomi Ameroka dalam aktiviti perdaganggan kerana eksport terhadap negara bersekutu mengalami peningkatan yang amat ketara. Contohnya, pada tahun 1914 eksport Amerika terhadap Britain berjumlah $824.8 juta Dolar meningkat kepada 3.2 billion Dolar pada tahun 1916. Ini kerana, walaupun Britain menyekat kapal-kapal dagang Amerika daripada meneruskan perdaganggan, namun barangan yang dibawa oleh kapal dagang Amerika itu tetap dapat dijual cuma terhad kepada negara Britain sahaja. Ini menguntungkan pihak Amerika dan keuntungan yang diperolehi oleh Amerika ini telah menutup perasaan marah rakyat Amerika terhadap sekatan kapal dagang oleh Britain. Dengan itu, ia telah mengukuhkan lagi dasar berkecuali yang dilaksanakan oleh Presiden Woodrow Wilson.

  • Isu Kapal Selam

Dalam isu ini, pihak Jerman telah mengistiharkan bahawa kawasan kepulauan Britain merupakan kawasan perang. Dalam erti kata yang lain, kawasan ini merupakan satu kawasan yang tidak selamat kerana ia akan menjadi medan ancaman serangan daripada pihak Jerman. Dalam isu ini, pihak Jerman telah menggunakan kemajuan teknologinya iaitu kapal selam untuk menyerang kapal-kapal yang berada di kawasan perairan kepulauan Britain. Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut "navy" memiliki kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk sains laut dan air tawar dan untuk bertugas dikedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia. U-Boat adalah ringkasan bagi Unterseeboot (jika ditakrifkan secara terus ke bahasa melayu bermaksud "bot-bawah-laut"), nama Jerman untuk kapal selam Jerman (mula ditugaskan dalam Perang Dunia I. Salah satu pesawat selam yang lain adalah loceng selam.

Pada awal operasi kapal selam ini, ia dilakukan dengan memberi amaran kepada sesebuah kapal sebelum ia ditenggelamkan. Menyedari bahawa kaedah ini tidak dapat melumpuhkan kuasa Britain, maka Jerman mengubah strategi serangan dengan menyerang sesebuah kapal tanpa sebarang amaran. Akibat daripada tindakan Jerman melakukan serangan tanpa amaran maka yang banyak kapal-kapal yang tidak terlibat dalam hal peperangan ditenggelamkan termasuk kapal-kapal saudagar yang melibatkan warga Amerika. Contohnya pada 28 Mac 1915, sebuah kapal bernama Falaba diserang oleh kapal selam Jerman. Ini telah mengakibatkan kematian seorang warga Amerika bernama Leon C. Thraser. Pada 7 Mei 1915 pula, sebuah kapal British iaitu Lusitania telah diserang oleh kapal selam Jerman mengakibatkan seramai 128 warga Amerika terbunuh. Pada 19 Ogos 1915, kapal Arabic telah diserang oleh kapal selam Jerman mengakibatkan 2 oran warga Amerika terbunuh. Kemudian, serangan kapal Selam Jerman ini berterusan pada penghujung tahun tersebut apabila pada 7 November dan 31 Disember, kapal Ancona dan Persia yang mempunyai saudagar Amerika diserang oleh Jerman. Serangan-serangan yang dilakukan oleh kapal selam Jerman ini telah mendapat reaksi daripada rakyat Amerika dan mereka mendesak supaya kerajaan Amerika campurtangan dalam peperangan ini.

Namun, presiden Wilson tetap dengan pendirian beliau meneruskan dasar tidak campurtangan. Dalam situasi ini, Wilson mengambil pendekatan dalam menyelesaikan isu ini melalui cara pendamaian dan perundingan. Namun usaha yang diambil oleh Wilson ini tidak dapat menghentikan kegiatan Jerman di kepulauan Britain. Pada 24 Mac 1916, kapal selam Jerman telah menyerang sebuah kapal Perancis iaitu kapal Sussex, dimana ia telah mengorbankan 80 orang saudagar dan mencederakan sebahagian warga Amerika. Tragedi serangan terhadap kapal Sussex ini mendapat perhatian presiden Wilson kerana tindakan Jerman ini telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui dalam isu serangan kapal Arabic. Wilson memberi amaran kepada Jerman bahawa akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Jerman sekiranya tidak menghentikan kegiatan serangan terhadap kapal-kapal dagang yang melibatkan saudagar Amerika. Akibat daripada ugutan Amerika tersebut, maka Jerman telah melafazkan janjinya dalam Sessex Pledge pada 4 Mei 1916, dimana Jerman tidak akan menyerang kapal penumpang dan kapal dagang tanpa memberi amaran. Dengan janji yang dilafazkan oleh Jerman tersebut, maka dasar berkecuali Amerika telah diteruskan.

Campurtangan Dalam Perang Dunia Pertama

Di akhir-akhir perang Dunia Pertama, Amerika terpaksa melenyapkan dasar berkecuali yang diamalkan dengan mula menyertai peperangan Dunia Pertama dengan menyebelahi pihak Bersekutu yang terdiri daripada Britain, Rusia, Italy dan Perancis pada tahun 1917. Penglibatan Amerika dalam perang ini telah disebabkan oleh beberapa faktor dan sebab yang tidak dapat dielakkan bagi menjaga kepentingan mereka.


  • Perlanggaran Sumpah Sussex

Seperti yang telah dipersetujui oleh pihak Jerman dalam ikrar yang telah dilafazkan mereka terhadap Amerika selepas peristiwa serangan terhadap kapal Perancis iaitu Sussex, Jerman tidak akan melakukan serangan terhadap kapal-kapal dagang dan penumpang tanpa memberi arahan. Ini merupakan kompromi terakhir yang dilakukan oleh Amerika terhadap kuasa Paksi tersebut. Namun, janji yang telah dilafazkan oleh Jerman itu tidak dipatuhi oleh mereka. Ini dapat dilihat apabila pada 1 Feb 1917, Jerman ubah strategi serangan dan teruskan serangan terhadap kapal-kapal negara Berkecuali. 3 Feb 1917, utusan Jerman meninggalkan Amerika dan terputusnya hubungan diplomatik antara Amerika dan Jerman. Akibat daripada peristiwa ini maka Amerika tidak ada pilihan lain selain daripada campurtangan dan menyertai perang kerana Amerika berpendapat bahawa isu serangan terhadap kapal-kapal dagang dan penumpang oleh Jerman tidak dapat dihentikan kerana Jerman merupakan sebuah negara yang keras kepala dan tidak berpendirian dalam segala keputusan yang dibuat.

  • Nota Zimmermann

Pada 16 Januari 1917, Menteri Luar Jerman iaitu Arthur Zimmermann telah menghantar telegram kepada duta Jerman di Mexico. Dalam mesej yang telah dihantar oleh Zimmermann tersebut menyatakan tentang ajakan pihak Jerman kepada Mexico untuk bekerjasama dengannya. Zimmermann memberi arahan kepada duta Jerman di Mexico supaya mengatur rancangan untuk kerjasama dengan Mexico untuk menentang Amerika. Dalam rancangan ini, Jerman akan berjanji akan memberikan Texas, Arizona dan New Mexico (bekas milik Mexico) kepada pihak Mexico sekiranya Berjaya mengalahkan Amerika. Selain itu, nota yang dikirimkan oleh Zimmermann juga telah mengajak Jepun untuk menyertai mereka. Pada 1 Mac 1917, surat khabar Amerika telah menyiarkan berita tentang mesej yang dihantar oleh Zimmermann tersebut. Akibat daripada peristiwa ini, ia telah mendorong Amerika untuk campurtangan dalam perang Dunia Pertama kerana Amerika merasakan bahawa rancangan Jerman ini boleh mengancam kedudukan Amerika sebagai salah sebuah kuasa besar di dunia dan kebimbangan terhadap keselamatan dan keamanan di negara Amerika terancam.

  • Propaganda Britain

Peranan yang dimainkan oleh Amerika juga telah mendorong penglibatan Amerika dalam Perang Dunia Pertama. Sememangnya Amerika merupakan salah satu kuasa yang yang mempunyai kekuatan angkatan perang yang baik terutamanya dari segi kecanggihan alat senjata perang. Ini dapat dibuktikan apabila hampir keseluruhan alat senjata perang yang digunakan dalam perang yang berlaku di Eropah datangnya dari negara Amerika. Dalam aspek ini, Britain sangat mengharapkan agar Amerika akan campurtangan dalam perang Dunia Pertama dengan menyertai Pihak Bersekutu kerana penyertaan Amerika akan menguntungkan mereka. Ekoran daripada kepentingan yang ingin dicapai oleh Britain ini, maka mereka telah mengadakan kempen dan propaganda terhadap negara Amerika dengan memberi peringatan kepada warga Amerika supaya berhati-hati dengan Jerman yang banyak melakukan kekejaman. Selain itu, Britain juga telah memaparkan penderitaan mangsa perang akibat serangan daripada Jerman. Disamping itu, Britain juga menuduh bahawa perang dunia yang berlaku itu dimulakan oleh Jerman. Dengan kempen dan propaganda yang dijalankan oleh Britain ini telah menimbulkan rasa benci terhadap Jerman dikalangan rakyat Amerika. Dengan itu, maka warga Amerika telah mendesak Presiden Wilson untuk campurtangan dalam perang untuk menentang Jerman.

  • Peranan Rakyat Amerika Sendiri

Pada masa tersebut, rakyat Amerika berjumlah 32 juta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Dikalangan rakyat Amerika tersebut, hanya 10% sahaja yang memberi sokongan kepada kuasa Paksi yang rata-rata terdiri daripada keturunan Jerman, Austria, Hungary, Czech, Irish dan Slovak. Manakala yang selebihnya memberi sokongan kepada pihak Bersekutu. Antara mereka yang memberi sokongan kepada Pihak Bersekutu ialah jurucakap Amerika seperti Theodor Roosevelt, Elihu Root, Leonard Wood, Henry Cabot Lodge dan Charles W. Eliot . Mereka banyak menjalankan propaganda dan kempen yang dilaksanakan oleh Britain di Amerika. Selain itu, terdapat juga ahli politik Amerika seperti Walter Hines(duta ke Britain), Kolonel Edward M. House(penasihat peribadi Wilson), William Gibbs Acadoo (Setiausaha Perbendaharaan) dan Robert Lansing (penasihat Jabatan Negara). Mereka menyatakan sokongan terhadap dasar campurtangan Amerika dalam Perang Dunia Pertama kerana bimbang dasar berkecuali yang diperjuangkan selama ini akan mengancam system demokrasi Amerika.

  • Kepentingan Ekonomi

Amerika sedar bahawa masa depan mereka dalam aspek ekonomi banyak bergantung kepada kuasa Bersekutu iaitu Britain. Ini kerana, ekonomi Amerika bergantung kepada eksport barangan kepada pihak bersekutu seperti pasaran makanan, senjata perang dan bahan mentah industri. Ini tidak bermaksud bahawa eksport barangan Amerika tidak ada di negara Paksi, memang ada cuma dalam kuantiti yang sedikit berbaanding dengan di Pihak Bersekutu. Conthnya pada tahun 1914, eksport makanan kepada Bersekutu $40 juta kepada $1.3 billion pada 1916. Manakala, bagi Kuasa Paksi, nilai eksport Amerika hanya berjumlah $168.3 juta Dolar pada tahun 1914 kepada $1.2 juta Dolar pada tahun 1916. Dalam hal ini, Amerika sedar bahawa kalau Bersekutu kalah atau bermusuh dengan Amerika, ia akan memusnahkan pasaran ekonomi mereka.

Manakala, para pengusaha pula berpendapat bahawa kalau Amerika campurtangan dalam perang, maka lebih banyak alat perang dapat dijual kerana keperluan terhadap barangan ini bertambah. Disamping itu juga, kepentingan ekonomi Amerika juga diikat dengan hutang kuasa Bersekutu kepada negara Amerika yang berjumlah $500 juta dolar pada tahun 1915. Manakala, pihak Paksi pula hanya mempunyai hutang berjumlah $20 juta dolar sahaja. Amerika berpendapat bahawa mereka harus member sokongan dan bantuan kepada Bersekutu bagi mengelakkan daripada mengalami kekalahan. Ini kerana kekalahan kepada Pihak Bersekutu akan merugikan Amerika kerana hutang tersebut tidak dapat dibayar. Ini mendorong Amerika untuk menyokong kuasa Bersekutu kerana ikatan hutang ekonomi yang lebih banyak daripada pihak ini.

  • Perimbangan Kuasa

Sejak abad yang ke-20, British dan Amerika sememangnya mempunyai kepentingan yang sendiri dalam hal imbangan kuasa imperialismenya. Dalam hal ini, British tidak akan ancam segala kepentingan Amerika di Hemisfera Barat. Ini kerana, British akur dan selari dengan Doktrin Monroe yang dikeluarkan Presiden James Monroe pada 2 Disember 1823. Dalam doktrin ini ia menyentuh tentang polisi luar Amerika untuk menentang segala penjajahan kuasa asing di Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Manakala, polisi luar Jerman pula tidak selari dan bertentangan dengan kepentingan Amerika di kawasan Hemisfera tersebut. Dasar dan polisi Jerman yang jauh bertentengan ini boleh mengancam kestabilan dikawasan lingkungan Amerika. Akibat daripada percanggahan dasar dan polisi antara Amerika dengan Jerman ini menyebabkan Amerika memihak kepada Britain dalam perang Dunia Pertama kerana ia dapat memelihara kepentingan mereka.

  • Dasar Kemanusiaan

Kejayaan Amerika membentuk sebuah sistem pemerintahan yang sistematik dan menamatkan peperangan dalam negaranya serta kejayaan mengekalkan keamanan telah melahirkan rasa bangga dalam diri mereka. Amerika menganggap bahawa mereka merupakan satu bangsa yang cintakan keamanan dan ditakdirkan menjadi satu “model Kemanusiaan”. menurut Wilson, “kita adalah salah seorang Juara hak asasi”. Beliau perjuangkan kepimpinan moral dan yakinkan rakyat Amerika dan dunia luar tentang niat Amerika libatkan diri dalam Perang Dunia Pertama. Penglibatan Amerika bukan untuk kepentingan diri tetapi demi tanggungjawab membawa dunia kepada keamanan. Pandangan Amerika terhadap diri mereka yang sedemikian rupa telah mendorong untuk campurtangan dalam Perang Dunia Pertama bagi “menyelamatkan” bangsa lain.

Sememangnya pendirian Amerika dalam dasar berkecuali amat utuh dalam hal Peperangan yang berlaku di Eropah. Namun, diakhir-akhir perang dunia pertama, Amerika telah menyertainya. Pada 2 April 1917, Presiden Wilson Woodrow beri ucapan peperangan dihadapan kongres dan istiharkan perang terhadap Jerman. Wilson telah mengariskan 2 tema dalam peperangan ini iaitu pertama ialah untuk selamatkan demokrasi dimana perang ini merupakan perang suci terhadap pihak yang melanggar hak kemanusiaan. Selain itu, ia juga perjuangkan hak negara kecil atau besar dan dunia harus selamat demi demokrasi. Tema yang kedua pua ialah untuk menjaga keselamatan negara dengan menamatkan peperang yang berlaku dan mempertahankan sistem demokrasi yang ada. Dalam undian kongres yang dilakukan berhubung dengan hal campurtangan Amerika dalam Perang Dunia Pertama di Dewan Senat, sebanyak 82 calon menyokong dan 6 sahaja yang membantah campurtangan Amerika dalam peperangan. Manakala dalam Dewan Perwakilan pula menyaksikan bahawa sebanyak 373 calon menyokong dan 50 calon sahaja yang membantah campurtangan Amerika dalam perang dunia pertama. Dengan keputusan itu, maka Presiden Wilson tidak ragu-ragu lagi untuk campurtangan dalam peperangan ini.

Perang Dunia I berlaku saat pecahnya orde dunia lama, menandakan berakhirnya monarki absolutisme di Eropah. Ia juga menjadi pemicu kepada Revolusi Rusia, yang akan menginspirasi revolusi lainnya di negara lainnya seperti Tiongkok dan Kuba, dan akan menjadi asas kepada Perang Dingin antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat. Kekalahan Jerman dalam perang ini dan kegagalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang masih menggantung yang telah menjadi sebab terjadinya Perang Dunia I akan menjadi dasar kebangkitan Nazi, dan dengan itu pecahnya Perang Dunia II pada 1939. Ia juga menjadi dasar bagi peperangan bentuk baru yang sangat bergantung kepada teknologi, dan akan melibatkan non-militer dalam perang seperti yang belum pernah terjadi sebelumnya.




Bibliografi

Buku

  1. 1) Elizabeth Cobbs Hoffman: Major Problem in American History: Houghton Mifflin Company. New York.2002. Vol 2.
  2. 2) Henry N. Drewry,Thomas H. O’connor dan Frank Friedel, America Is ( Charles E. Merrill Publishing Co: A Bell & Howell Company) Columbus, Ohio. Third edition.
  3. 3) Henry W. Bragdon, Samuel P. McCutchen and Donald A. Ritchie, History of Free Nation: Glencoe/McGrew-Hill, Westervill Ohio:1996.
  4. 4) Shakila Parween Yaccob, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005



Laman Web

1) http://europeanhistory.about.com/od/worldwar1/p/prsussexpledge.htm

2) http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_I

3) http://intellit.muskingum.edu/worldwari_folder/wwizimmermann.html

4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapal_selam

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP