Hari Ini Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Welcome to My Blog.

"Setiap hari, terdapat banyak pekara yang berlaku di dunia ini. Segala yang berlaku ini perlu dicatat agar ianya dapat menjadi rujukan dan tatapan pada masa hadapan."

Thanks for coming. Have a nice day.Happy Surfing Everyone.!!!

Sunday, April 24, 2011

SEBAB AGAMA KRISTIAN DITENTANG OLEH PEMERINTAH ROM DAN USAHA-USAHA YANG DIAMBIL UNTUK MENINDAS PENGGANUT KRISTIAN

Agama kristian adalah sebuah agama yang berteraskan ajaran Jesus. Kebanyakan buku yang ditulis oleh sarjana barat menyatakan bahawa Jesus adalah berasal dari Bathelem, Jerusalem.Setelah berumur 30 tahun, Jesus telah menyebarkan ajarannya kesekitar Bathelem hingga ke serata Palestine.Selepas kematian Jesus, ajarannya telah diteruskan oleh 12 para pengikutnya atau dikenali sebagai utusan duabelas (Twelve Apostles). Antaranya adalah Saint Paul yang bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian sehingga ke Greek,Asia Kecil dan seterusnya ke Rom.Paul adalah seorang warganegara Rom yang kaya dan taraf kewarganegaraan yang dimilikinya itu telah membolehkannya pergi kemana-mana sahaja untuk menyebarkan agama Kristian.

Semasa zaman pemerintahan republik Rom,Palestine pernah dikuasai oleh panglima Rom yang handal iaitu Pompey pada tahun 63 masihi.Penguasaan ini diteruskan dengan pemerintahan maharaja Augustus pada abad pertama masihi.Keadaan ini telah membolehkan agama kristian meresap ke dala empayar Rom secara perlahan-lahan.Empayar Rom merupakan sebuah empayar yang diperintah secara mutlak oleh maharaja Rom dalam tempoh 500 tahun.Adat asal empayar Rom adalah rakyat akan menyembah maharaja.Sebagai contohnya,semasa pemerintahan maharaja Domilition( 81-96 masihi ) dimana penyembahan maharaja merupakan agama yang direstui negara.Disamping itu juga rakyat turut menyembah pelbagai dewa dewi.Keadaan berubah setelah kedatangan ajaran Kristian.Keadaan ini seterusnya telah mendorong kepada penindasan orang-orang Kristian oleh para pemerintah Rom.

Agama Kristian ketika diawal pengenalannya,telah diberi toleransi dan diterima oleh masyarakat mahupun maharaja Rom sendiri.Dalam hal ini,agama Kristian amat mudah untuk mendapat tempat di hati masyarakat Rom terutamanya bagi golongan bawahan seperti golongan hamba termasuk juga orang asing yang tinggal di Rom.Ini adalah kerana konsep monoteisme yang dibawa oleh Kristian yang lebih mudah difahami daripada kepercayaan terhadap berbagai-bagai dewa-dewi dan tuhan.Keadaan ini secara langsung telah menyebabkan agama Kristian telah tersebar luas pada ketika itu.Apabila keadaan ini berlaku maka ajaran-ajaran yang ditekankan dalam agama kristian telah tersebar dengan meluas seperti penyembahan tuhan yang satu dan secara langsung dilihat sebagai ancamann terhadap maharaja sehingga menyebabkan penentangan oleh para pemerintah Rom.Berdasarkan keadaan ini,adalah dapat dilihat bahawa diantara sebab utama penentangan agama Kristian oleh pemerintah Rom adalah berikutan agama Kristian yang telah menamatkan amalan penyembahan maharaja.Dalam adat asal empayar Rom,masyarakatnya akan menyembah dan memuja maharaja.Keadaan ini dapat dilihat semasa pemerintahan maharaja Domilition (81 – 96 masihi) dimana penyembahan maharaja adalah sebuah agama yang direstui oleh negara.Bagi pemerintah Rom penyembahan dan pemujaan maharaja Rom adalah sebagai asas semangat patriotik yang menyatukan kepelbagaian masyarakat dibawah naungan Rom.Hal ini bermaksud,dengan hanya menyembah maharaja seorang sahaja,masyarakat yang pelbagai bangsa dibawah naungan Rom akan bersatu padu dalam pemerintahan Rom.

Sebaliknya,pengganut agama Kristian hanya akan menyembah tuhan mereka yang satu serta tidak menuntut para penganutnya untuk memuja maharaja sebagai amalan dalam kehidupan sosial dan politik empayar Rom pada masa itu.Apabila keadaan ini berlaku pastinya akan mengancam dan menamatkan amalan penyembahan maharaja seandainya semakin ramai rakyat Rom memeluk agama Kristian.Dengan itu,kemegahan maharaja yang selama ini dipuja dan disembah oleh rakyat akan berakhir begitu sahaja.Oleh itu,para pemerintah Rom merasa bimbang kesetiaan politik masyarakat akan beralih kepada agama Kristian.Bagi menyelamatkan keadaan ini maharaja Rom telah melakukan penentangan terhadap agama Kristian tersebut.

Disamping itu juga agama kristian sering dianggap oleh para pemerintah Rom sebagai punca kepada sebarang malapetaka yang berlaku di Rom.Empayar Rom sememangnya sering dilanda oleh pelbagai malapetaka ketika itu.Terdapat beberapa malapetaka yang telah berlaku di Rom ketika itu seperti merebaknya penyakit misteri yang telah mengorbankan banyak nyawa di Rom.Selain itu,terdapat juga pencerobohan orang-orang Gasar yang tidak bertamadun terhadap Rom.Orang-orang Gasar ini adalah terbahagi kepada beberapa Kaum atau etnik iaitu Goths,Huns,Vandals,Franks dan Lombards.Orang-orang Gasar ini adalah suku kaum yang menetap di Utara Rhine dan Danube yang sering menyerang empayar Rom dari semasa ke semasa mulai abad ke 3 hingga abad ke 6 masihi

Antara contoh lain malapetaka yang berlaku di Rom adalah seperti kebakaran yang telah berlaku di Rom pada tahun 64 masihi. Kebakaran itu telah menyebabkan kemusnahan besar terhadap Bandar-bandar di Rom Kebakaran tersebut talah memusnahkan dua per tiga daripada bandar Rom dan turut memusnahkan Kuil Jupiter Stator dan tempat pembakaran Vestal Virgins . Dalam hal ini,Maharaja Nero telah menuduh orang Kristian sebagai punca kebakaran tersebut.

Diatas sebab-sebab penentangan itu,maka para pemerintah Rom telah membuat beberapa usaha untuk menindas pengganut agama Kristian.Diantara tindakan mereka adalah menyingkirkan pengganut agama kristian daripada perlindungan undang-undang.Terdapat tiga jenis undang-undang di Rom pada masa itu iaitu undang-undang sivil (Jus civile),Natural law dan undang-undang rakyat (Jus Gentium).Undang-undang sivil adalah undang-undang Rom untuk warganegaranya termasuk undang-undang senat dan dikri-dikri.Manakala undang-undang rakyat pula adalah undang-undang yang sama bagi semua rakyat tanpa mengambil kira warganegara Rom.Undang-undang Rom yang ketiga pula adalah “ Natural Law”.Undang-undang ini telah menegaskan bahawa manusia adalah sama dari sisi undang-undang dan berhak terhadap beberapa hak asas dan kerajaan tidak berkuasa untuk menindas.Namun orang-orang kristian telah dikecualikan daripada undang-undang ketiga tersebut iaitu Natural Law.

Penyingkiran orang kristian ini daripada Natural Law tersebut telah membolehkan penindasan terhadap orang kristian dilakukan maharaja Rom termasuk masyarakat Rom.Keadaan ini dapat dilihat semasa zaman pemerintahan maharaja Nero.Dalam hal ini beliau telah menangkap dan menyeksa pengganut kristian dengan pelbagai cara.Sebagai contohnya,beliau telah menangkap orang–orang kristian dan diseksa, sarungkan dengan kulit binatang yang kemudiannya akan dilepaskan anjing untuk menyerang orang tersebut.Disamping itu juga,maharaja Nero turut menangkap orang-orang kristian dan diikat pada tiang istana,kemudiannya akan disimbahkan dengan tar dan dibakar serta dibiarkan menyala untuk menjadi obor-obor api. Keadaan ini telah menyebabkan ramai orang kristian menderita dan terkorban.

Selain itu juga,para pemerintah Rom turut mengenakan hukuman terhadap orang-orang Kristian.Dalam hal ini para gabenor provinsi dan pemerintah di Rom pada masa itu telah menganggap orang-orang Kristian sebagai pengkhianat kepada negara.Ini adalah kerana pengganut agama Kristian hanya menyembah tuhan yang satu serta tidak menggalakkan pengganutnya menyembahan orang lain.Pendek kata pengganut agama Kristian ini tidak akan menyembah dan memuja maharaja melainkan tuhan mereka.Oleh itu,pemerintah Rom telah melihat ini sebagai satu ancaman kepada amalan penyembahan maharaja menyebabkan mereka dihukum kerana dianggap telah menentang undang-undang atau peraturan empayar Rom.Sebagai contohnya pada zaman pemerintahan maharaja Nero (54m-68m),beliau telah menghukum bunuh orang-orang Kristian dan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai.Pernah juga pada suatu masa orang-orang kristian yang telah ditangkap telah dihumban ke sangkar singa di Sarkas sebagai umpan singa.Seterusnya pula pada 15 Ogos pada tahun 64 masihi,terdapat satu upacara pembakaran hidup-hidup orang Kristian oleh maharaja Nero di Istananya.

Para pemerintah Rom turut melaksanakan dasar memusuhi agama kristian bagi menindas orang-orang kristian.Perlaksanaan dasar ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan maharaja Dioclectian.Namanya adalah sering dikaitkan dengan hukuman terakhir dan paling teruk bagi gereja-gereja yang terawal di Rom.Dalam hal ini beliau telah bersepakat dengan pembantunya,iaitu Galerius ketika menghadiri satu mesyuarat majlis di Nicomedia pada tahun 302 masihi,untuk mengekang agama Kristian daripada terus berkembang.Keadaan ini telah menyebabkan beliau telah melarang sebarang pertemuan atau perhimpunan yang berkaitan dengan agama kristian.Sekiranya ingkar,sesorang itu akan ditangkap ,didera dan akan disoal untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.Terdapat tiga jenis hukuman yang telah dikenakan terhadap orang-orang kristian yang ditangkap.Sebagai contohnya,jika Bishops ditangkap,maka Bishop tersebut akan dipenjara,kemudiannya akan diseksa dan akhirnya dipaksa untuk mengorbankan sesuatu.Malahan orang bawahan juga turut dikenakan dengan hukuman yang sama.Keadaan ini pastinya telah mengganggu kegiatan keagamaan ajaran Kristian pada masa itu .

Disamping itu, beliau telah telah merampas semua harta gereja,memusnahkan gereja dan merampas kitab Injil.Sebagai contohnya pemusnahan gereja di Nicomedia pada 24 Februari 303 masihi oleh maharaja Diocletian.Pada zaman pemerintahan maharaja Diocletian juga ,beliau telah melucutkan jawatan pentadbiran mahupun ketenteraan mana-mana individu yang menganuti ajaran Jesus tersebut.Keadaan ini semestinya akan membuatkan pengganut agama Kristian yang menyandang jawatan ketika itu untuk berfikir dua kali sama ada untuk memilih untuk terus menyandang jawatan tersebut atau disingkirkan dan meneruskan ajaran agama Kristian serta akan ditindas.Penindasan maharaja Diolectian terhadap orang-orang Kristian ini sememangnya telah memberi rasa takut dan gentar orang-orang Kristian terhadap maharaja ini.Sehingga beliau berhenti menjadi maharaja pada 1 May 305, kebanyakan orang kristian berasa lega dengan berita tersebut.Namun begitu ,penindasan orang-orang Kristian masih berlaku selepas 7 tahun maharaja Diolectian berhenti.Keadaan ini pastinya memberi satu ujian yang paling getir bagi pengganut ajaran jesus untuk meneruskan ajaran tersebut.Keadaan ini ditambah lagi dengan pemusnahan kitab-kitab suci, tempat-tempat beribadat orang Kristian oleh pemerintah Rom pada masa itu.

Sejak diawal penyebarannya, Agama Kristian telah menghadapi pelbagai dugaan.Apa yang nyata disini adalah ajaran-ajaran agama Kristian yang bertentangan dengan peraturan empayar Rom telah menyebabkan agama ini secara langsung ditentang oleh pemerintah di Rom.Faktor utama penentangan pemerintah Rom terhadap agama kristian ini adalah agama kristian yang mengancam serta menamatkan amalan penyembahan maharaja oleh masyarakat di Rom. Dalam hal ini adalah dapat dilihat bahawa, sokongan utama kepada maharaja yang memerintah di Rom adalah berasal dari rakyat Rom sendiri. Oleh itu dengan adanya amalan penyembahan maharaja ini ,maka rakyat akan terus setia serta akan memberi sokongan kepada maharaja yang memerintah. Kedatangan agama Kristian ini juga dilihat oleh para pemerintah rom sebagai pemecah kepada perpaduan politik Rom serta perpaduan masyarakat Rom. Hal ini kerana,kedatangan agama Kristian ini telah membahagikan masyarakat Rom kepada dua bahagian iaitu masyarakat yang mengganut agama pagan dan masyarakat yang mengganut agama Kristian.Apabila keadaan ini berlaku maka masyarakat Rom akan berpecah.Hal ini kerana kepercayaan asal rom iaitu pagan telah mengggap agama Kristian sebagai satu saingan kepada ajaran lama berikutan ajaran Jesus ini yang cepat tersebar di Rom ketika itu.

Keadaan ini telah mendorong kepada penindasan orang-orang Kristian yang bukan sahaja oleh maharajanya bahkan juga oleh msayarakat Rom sendiri. Penindasan yang telah dilakukan oleh para pemerintah rom ini sememangmya telah memberikan keasan terhadap ajaran Kristian ini, hal ini adalah kerana ramai penggganut agama Kristian ini yang terkorban menjadi mangsa keganasan pemerintah Rom. Apa yang lebih penting disini adalah kehilangan atau pemusnahan kitab-kitab suci serta pemusnahan terhadap gereja-gereja serta harta gereja dimana barang-barang yang diperlukan dalam agama ini telah banyak yang musnah ketika itu. Namun begitu,penindasan - demi penindasan yang dibuat oleh pemerintah Rom pada ketika itu langsung tidak menggugat pengganut agama Kristian ini dari meneruskan pengamalan ajaran agama ini. Penindasan yang berleluasa oleh pemerintah Rom telah menyebabkan orang-orang Kristian tidak lagi menjalankan aktiviti keagamaaan secara terbuka tetapi telah menjalankan aktiviti keagamaan secara sembunyi atau bawah tanah. Di rumah-rumah juga, pengganut agama Kristian telah membina bilik-bilik sulit atau rahsia untuk menyembunyikan diri jika terdapat serbuan oleh tentera Rom untuk menangkap pengganut agama Kristian. Namun keadaan berubah apabila pemerintahan Constantine dimana beliau telah membenarkan ajaran ini di Rom.Nasib pengganut agama Kristian menjadi semakin baik apabila Maharaja Theodosius I (379-395m) telah mengisytiharkan agama Kristian sebagai agama rasmi Kerajaan Rom pada 308 masihi.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP