Hari Ini Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Welcome to My Blog.

"Setiap hari, terdapat banyak pekara yang berlaku di dunia ini. Segala yang berlaku ini perlu dicatat agar ianya dapat menjadi rujukan dan tatapan pada masa hadapan."

Thanks for coming. Have a nice day.Happy Surfing Everyone.!!!

Saturday, April 16, 2011

Sejarah Johor

Faktor-faktor pengukuhan johor.

Pengenalan

Kejatuhan kerajaan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 secara tidak langsung telah memberi impak tidak kira positif mahupun negative kepada kerajaan lain di asia tenggara.Namun,apa yang nyata sekali adalah kebangkitan kerajaan Acheh selepas kejatuhan kerajaan Melaka.Kejatuhan kerajaan Melaka ini telah membolehkan Acheh muncul sebagai kuasa yang kuat terutamanya semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636).

Kerajaan Johor telah diasakan oleh Raja Alauddin iaitu putera Sultan Mahmud dari Melaka.Peperangan adalah sering berlaku diantara Kerajaan Acheh,Portugis dan kerajaan Johor bagi menguasai perairan Selat Melaka.Hal ini kerana Semasa Kerajaan Melaka masih berada di zaman kegemilangan nya, selat Melaka bukan saja menjadi laluan utama para perdagang yang berdagang ke timur dan eropah malahan juga menjadi laluan uatama perdagang yang datang berdagang ke Melaka.Pada masa yang sama juga,selat Melaka ini adalah berada di bawah kekuasaan kerajaan Melaka.Namun selepas kejatuhan kerajaan Melaka,pihak Portugis,kerajaan Acheh dan kerajaan Johor sering bertelagah sesama sendiri bagi menguasai selat Melaka tersebut.Keadaan ini seterusnya telah mewujudkan perang tiga segi diantara tiga kerajaan tersebut.Kemunculan kerajaan Johor sebagai sebuah kerajaan yang kuat pada abad ke -17 adalah secara perlahan-lahan.

1


Dasar luar Johor.

Dasar Suai Faedah

Dasar suai faedah merupakan diantara dasar luar yang digunakan oleh kerajaan Johor bagi mengukuhkan kerajaannya pada abad yang ke-17.Dasar ini telah digunakan oleh Johor terhadap Belanda bagi mengatasi musuhnya iaitu Acheh dan Portugis.Disamping itu,perebutan untuk menguasai selat Melaka oleh kerajaan Acheh,Portugis dan kerajaan Johor juga menyebabkan ketiga-tiga kerajaan ini sering berperang sesama sendiri.Pada tahun 1508,Acheh telah menyerang ibukota Johor sehingga musnah.Oleh itu,pada tahun 1536,kerajaan Johor telah membuat perjanjian dengan Portugis di Sayong Pinang dan telah berpakat dengan Portugis bagi menyerang Acheh.Tidak lama kemudian, Johor telah berbaik-baik dengan Acheh semula dan bepakat untuk menyerang Portugis di Melaka.

2

Penggunaan dasar ini oleh kerajaan Johor amat jelas sekali dalam pakatan Johor dengan Belanda untuk menyerang Portugis dimana pada masa yang sama juga kerajaan Johor turut berpakat dengan Portugis untuk menyerang Acheh.Dalam hal ini,kerajaan Johor yang mempunyai hubungan baik dengan Belanda telah menangani perjanjian dengan pihak Belanda pada tahun 1639 dimana wakil bagi kedua-dua pihak iaitu Laksamana Tun Abdul Jamil yang mewakili Johor dan Philip Lucaz yang mewakili Belanda telah berpakat bagi menyerang portugis di Melaka.Dengan itu serangan Belanda terhadap Portugis di Melaka dengan bantuan Johor pada 14 Jun 1641 telah berjaya mengalahkan pihak Portugis.Walaupun tentera Johor tidak menyertai serangan terhadap Portugis sepenuhnya,tentera Johor telah melakukan tanggungjawap yang penting ketika itu seperti membuat tapak meriam,menggali parit dan menaikan semangat tentera Belanda semasa berperang dengan tentera Portugis.Jasa kerajaan Johor dalam peperangan itu telah mendapat penghargaan daripada gabenor Jeneral Antonio van Doemen seperti yang tertulis dalam suratnya kepada Lembaga V.O.C.Oleh itu ,dasar ini sememangnya telah memberi banyak faedah kepada kerajaan Johor bagi mengukuhkan kedudukan nya.

Hubungan baik dengan Belanda.

3

Ancaman yang kerap kali dibuat oleh pihak Acheh dan pihak Portugis telah menyebabkan kerajaan Johor berikhtiar untuk mencari perlindungan.Oleh itu,kerajaan Johor telah menjalinkan hubungan dengan Belanda bagi tujuan tersebut.Hubungan diantara Johor dan Belanda ini telah diperkukuhkan lagi dengan perjanjian Johor dan Belanda pada tahun 1639.Perjanjian ini telah diperbaharui pada tahun 1641 selepas kedatangan seorang wakil Belanda iaitu laksamana Jacob Van Heemskerrk ke Johor.Sultan Alauddin Riayat Syah memerintah Johor ketika itu telah menyedari betapa pentingnya menjalinkan hubungan persahabatan dengan Belanda bagi mengatasi ancaman Portugis dan Acheh.Baginda berasa yakin terhadap faedah persahabatan dengan Belanda berikutan Belanda yang bertambah kuat di kepulauan Melayu Indonesia.Antara faedah yang diperolehi oleh Johor melalui persahabatan dengan Belanda ini ialah Kerajaan Johor telah mendapat jaminan keselamatan serta hak keistimewaan dalm urusan perdagangan.Orang-orang penting dalam kerajaan Johor ini seperti bendahara dan Majlis orang kaya juga turut dianugerahkan pas kebenaran untuk berdagang di Melaka.Disamping itu,Pihak Belanda juga turut memberikan kelengkapan senjata kepada kerajaan Johor bagi mempertahankan Johor dari dapada sebarang ancaman musuh.Pada tahun 1641 ,iaitu melalui perantaraan Belanda ,Johor dan Acheh telah memeterai perjanjian damai secara langsung telah melemahkan Acheh.

Penguasaan Belanda terhadap Melaka selepas kekalahan Portugis hanyalah menjadikan Melaka sebagai pusat kawalan Belanda bagi melindungi kapal-kapal Belanda yang melalui selat Melaka dan tidak berminat menjadiakan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan.Ini adalah kerana kepimpinan V.O.C yang memilih Betawi sebagai pusat kegiatan ekonomi dalam jaringan pedaganagn V.O.C. yang luas di benua asia.Oleh itu Johor telah merasakan kepentingan Belanda dalam pengukuhan kerajaan Johor.Pernah berlaku dimana berlakunya percanggahan pendapat diantara kerajaan Johor dengan pembesar belanda di melaka dimana Johot telah mneghantar wakil ke Bertania dan menerangkan kepada Belanda bahawa sekiranya Belanda ingin menghukum Johor berikutan pakara tersebut,maka Johor akan berpindah ke tempat yang lain.Berkemungkinan tempat baru perpindahan kerajaan Johor itu merupakan kawasan yang didiami oleh orang laut dan berkemungkinan juga orang laut tersebut akan menganggu kapal-kapal yang berlayar di selat Melaka dan secara tidak langsung telah memesongkan kapal-kapal tersebut daripada sampai ke perlabuhan Belanda.Oleh yang sedemikian,Belanda memandang serius pekara tersebut menyebabkan nya memihak kepada Johor segala hal.

4


Kekalahan Portugis di Melaka

Penguasaan Portugis selama 112 tahun di Melaka telah berakhir dengan kekalahannya ditangan Belanda pada tahun 1641.Sebelum kekalahan itu,pihak Portugis kerap kali menyerang Johor iaitu diantara tahun 1528 sehingga tahun 1642 semata-mata untuk menjaga kepentingannya.Segala tindakan Portugis seperti membakar kubu pertahanan dan serta istana Johor menyebabkan Johor terdesak dan menjalinkan hubungan dengan Belanda pada kurun ke-17 iaitu dengan harapan Belanda akan membantu Johor dalam menghadapi ancaman dari Acheh dan Potugis.Pada tahun 1636 ,Johor telah membantu Belanda dalam menyerang kubu Portugis di Melaka.Sebelum itu ,Raja Abdulah telah membuat pertemuan khas dengan laksamana Belanda iaitu Admiral Matelif di atas kapal perang Belanda yang diberi nama Ovanje di hujung pelabuhan Melaka untuk berunding mengenai serangan ke atas Portugis di Melaka[1].Serangan yang bermula dari bulan Ogos itu telah membuahkan hasil dengan kemenangan Belanda pada Januari 1641.

Peranan tentera Johor dalam serangan itu adalah membantu Belanda dalam mengangkut alat-alat perang,membuat tapak meriam,menggali kubu parit,menyekat musuh dari lari ke hutan dan yang paling penting dalah menaikan semangat tentera Belanda ketika waktu genting iaitu semasa belanda mengepung kota Melaka.Kekalahan Portugis ini telah membolehkan Johor memperbaiki pentadbiran tanpa sebarang ancaman luar.

5


Kemerostan kuasa Acheh

Acheh merupakan sebuah kerajaan yang mengancam kerajaan Johor sebelum ini.Selepas kejatuhan Melaka, Acheh telah muncul sebagai negara yang kuat dimana telah mempunyai bala tentera yang kuat dan kaya.Hal ini telah mendorong Acheh unutk meluaskan kuasanya dan seterusnya menyebabkannya menyerang kerajaan Johor pada tahun 1564.Acheh juga adalah terkenal sebagai pusat penyebaran agama Islam sehinggakan ramai pedagang Islam datang ke Acheh bagi menjalankan aktiviti perdagangan.Namun,pada tahun 1629 ,pihak Portugis telah menyerang Acheh.Serangan ini telah meninggalkan kesan yang besar terhadap Acheh dimana seramai 19000 tentera Acheh telah terkorban dan kebanyakan kapal perang Acheh telah musnah teruk dalam serangan itu.Semenjak itu,kerajaan Acheh tidak lagi memiliki bala tentera yang kuat seperti sebelumnya.

6

Keadaan bertambah teruk lagi dengan kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada 15 Februari 1641.Pemerintahan Acheh seterusnya telah diambil alih oleh Puteri Saifatuddin dengan memakai gelaran Tajul Alam Saifiatuddin Syah yang merupakan balu Sultan Iskandar Thani.Dengan itu,bermulalah era pemerintahan raja-raja perempuan di Acheh dan perbagai masalah telah timbul. Ini adalah disebabkan ketidakcekapan baginda sultanah dalam pentadbiran kerajaan.Ini kerana baginda sultanah lebih berminat dalam bidang kesenian dan mendalami ilmu keagamaan sehingga mengabaikan aspek pentadbiran dan ketenteraan.Sementara itu,pembesar Acheh pula hanya mementingkan kepentingan mereka tanpa memperdulikan hal pentadbiran negara.Hal ini ditambah lagi dengan perjanjian damai diantara Johor dan Acheh pada tahun 1641 melalui perantaraan Belanda.Perjanjian ini mengatakan bahawa kedua-dua kuasa tersebut bersetuju untuk tidak mencampuri urusan masing-masing sehingga tercetusnya peperangan.Manakala semua bentuk permusuhan juga telah ditamatkan.Perjanjian ini secara langsung telah melemahkan lagi kerajaan Acheh. Tahun 1641 ,merupakan tarikh bersejarah Johor dimana tahun tersebut menjadi batas pemisah antara perbatassan Johor dengan pengukuhan nya.Oleh itu,kelemahan dan perjanjian dengan Acheh sekaligus membebaskan Johor dari sebarang ancaman seterusnya menyebabkan pengukuhan kerajaan Johor.

Faktor pentadbiran

Daulat

7

Daulat amat penting dalam sesuatu pemerintahan sultan.Institutsi kesultanan status sesebuah kerajaan amat berprestij berikutan kesultanannya adalah berasal dari keturunan raja yang berdaulat dimana telah datang dari Bukit Siguntang .Oleh itu,sultan adalah mempunyai mandat untuk memerintah. Konsep daulat ini telah digunakan secara turun temurun oleh raja-raja melayu.Penerusan dan pengekalan konsep ini dalam kerajaan Johor adalah disebabkan oleh tradisi politik yang diamalkan dan yang paling penting adalah nasab keturunan kerabat diraja Melaka itu sendiri yang mengekalkan konsep daulat itu.Daulat mempunyai peranan yang besar dalam pembentukan budaya dan tradisi politik di Johor.Ketinggian daulat seseoarang raja dapat di ukur melalui kewibawaannya dalam pentadbiran dimana baginda dapat membawa kemakmuran kepada negerinya.Ketaatan para pembessar dan keberkesanan titah dan kepatuhan rakyat kepada sultan juga dapat membuktikan kedaulatan seseorang sultan itu.Dalam hal ini,kepercayaan daulat yang dimiliki oleh seseorang sultan dapat dikaitkan dengan pengukuhan kerajaan Johor melalui tugas oleh pembesar dan ketaatan rakyat terhadap sultan Johor.Oleh itu sistem ini dapat mewujudkan taat setia rakyat dan para pembesar .Seterusnya akan dapat mewujudkan pengukuhan dan keamanan kerajaan Johor.

Pemerintah yang berkaliber

8

Tindakan pemerintah Johor yang bijak telah membantu Johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan kukuh .Dalam hal ini para pemerintah Johor telah memerintah Johor dengan system yang sistematik dan berkesan seterusnya membantu kepada pengukuhan kerajaan Johor.Pihak yang penting sekali dam pentadbiran Johor ini adalah Sultan Abdul Jalil Syah III, laksamana Tun Abdul Jamil dan Majlis Orang Kaya.Sultan Abdul Jalil Syah III adalah anak kepada Sultan Alauddin Riayat Syah III yang memerintah Johor pada tahun 1637.Dalam hal ini ,baginda telah banyak menyumbang kepada pengukuhan Johor.Ini kerana baginda telah mengadakan hubungan diplomatik Belanda dan baginda juga telah menandatangani perjanjian dengan Belanda untuk menyerang Portugis di Melaka.Seterusnya pada bulan Januari 1641,Belanda telah berjaya mengalahkan Portugis dan dengan itu Belanda juga telah berjaya menawan kota Melaka.Dalam pemerintahan baginda juga ,Sultan Abdul Jalil Syah III turut dibantu oleh pembesar seperti laksamana,para Pembesar,Orang Laut dan Majlis orang kaya.Rakyat yang telah berjasa kepada negeri Johor telah diberikan anugerah bagi menghargai jasanya dan ini secara langsung telah dapat menaikan taat setia rakyat terhadap pemerintah.Sistem pentadbiran di Johor juga turut mengamalkan Pembesar Empat Lipatan dimana ini merupakan satu sistem yang sama digunakan ketika Kesultanan Melayu Melaka.Namun terdapat sedikit perbezaan gelaran bagi orang kaya iaitu gelaran orang kaya dalam kerajaan Johor ialah Sri Bija Diraja ,Bendahara,Laksamana dan Temenggung.Peranan pembesar ini adalah menjadi penaung kepada perdagang dan saudagar yang datang berdagang di Johor dan disebabkan jasa pembesar itu para pedagang dan saudagar akan memberi sedikit imbuhan kepada pembesar sebagai tanda terima kasih.Dalam pentadbiran di Johor ini juga Laksamana adalah turut berperanan penting.Keadaan ini dapat dilihat kepada Laksaman Abdul Jamil dimana beliau telah memberikan sumbangan terhadap pengukuhan kerajaan johor.Beliau telah berjaya dalam usaha menaikan martabatkan kerajaan Johor dalam Alam Melayu.Hal ini dapat dilihat semasa perang diantara Johor dengan Jambi dimana Jambi telah mengalahkan Johor pada tahun 1673 dan beliau dengan bantuan Orang Laut telah berjaya membalas dendam terhadap Jambi dalam serangan balas Johor terhadap Jambi pada tahun yang seterusnya..Sebagai penghargaan,keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil telah diberi kedudukan yang berpengaruh di Johor.

Majlis orang kaya

9

Majlis orang kaya juga berperanan penting dalam mempergukuhkan Johor.Fungsi Majlis Orang Kaya ini adalah sama seperti tugas Bendahara iaitu menjadi penasihat kepada sultan.Majlis ini akan berbincang dengan bendahara mengenai perlaksanaan perintah raja atau pekara yang berhubung dengan perintah kerajaan.Hubungan ini adalah penting bagi menghindari sebarang kekacauan dalam menjalankan sesuatu tugas pentadbiran .Selain menjadi penasihat kepada sultan ,Majlis ini turut bertindak sebagai pihak yang bertindak membetulkan sebarang ketidakseimbangan terhadap perlaksanaan dan pengumpulan harta yang berlebihan terhadap mana-mana pembesar atupuun orang-orang kaya yang ada di Johor[2].Oleh itu peranan Majlis Orang Kaya ini amatlah penting dalam mengawal tingkah laku dan tatatertib yang seterusnya dapat mewujudkan keamanan serta mengelakan berlakunya perebutan kuasa atau kekayaan .Kesimpulanya Majlis ini dapat menstabilkn kedududkan politik dan dapat melicinkan unsur pentadbiran Johor.

Peranan Orang Laut

10

Orang Laut merupakan salah satu pihak yang amat penting sekali dalam pembentukan kerajaan Johor terutama sekali dalam bidang keselamatan dari abad ke 15 hingga abad ke 17.Orang Laut merupakan masyarakat yang telah mendiami kawasan kepulauan di Kepulauan Riau-Lingga,Pulau Tujuh dan kepulauan Bantam.Orang Laut juga boleh digambarkan sebagai masyarakat atau suku-suku yang hidup secara normad.Berkemungkinan besar tanpa Orang Laut ,Johor tidak akan dapat mengukuhkan kedudukannya.Dalam kerajaan Johor Orang Laut berperanan penting iaitu menjadi tentera yang mengawal perairan Johor.Dalam hal ini mereka akan memastikan perairan Johor bebas daripada ancaman lanun dan memastikan setiap perdagang yang datang ke johor adalah selamat dari ancaman luar.Selain itu Orang Laut juga mahir dalam bidang pertukangan.Sebagai contohnya,mereka adalah mahir dalam aktiviti membuat dan membaiki kapal.Mereka juga boleh menjadi tukang kayu yang mahir serta pandai membuat senjata.Masyarakat Orang Laut ini juga dalah terdiri darpada pelbagai suku iaitu Suku Bulang ,Suku Bullu,suku Kalang ,suku Bakaka dan suku Toming yang berasal dari pulau Singapura dan suku Bantam yang berasal dari pulau Bantam.Orang Laut mempunyai pelbagai keistimewaan yang berkaitan dengan laut.Sebagai contohnya,mereka sangat peka terhadap keadaan di laut di mana mereka sentiasa fasih serta memahami keadaan angin di laut.

11

Adalah juga dikatakan bahawa ,satu keistimewaan yang terdapat pada Masyarakat Laut yang tidak terdapat pada mana-mana masyarakat pada waktu itu ialah Orang laut boleh berkumpul dalam masa yang singkat apabila diperlukan oleh sultan serta sangat cekap dalam melancarkan serangan balas ke atas musuh yang datang menyerang Johor.Orang Laut juga berperanan mengikut suku yang telah ditetapkan oleh sultan dan mengikut kemahiran masing-masing .Diantaranya orang Laut yang menjadi hulubalang Johor ialah dari suku Bintan, Mepar dan Kalang.Suku Matang pula yang mahir dalam bidang pembuatan senjata telah berperanan dalam membuat senjata seperti keris.Selain itu,Orang Laut juga turut menjalankan aktiviti perdagangan dan sangat terkenal sebagai peniaga yang sangat bijak berniaga..Oleh itu antara satu sebab yang menyebebkan kerajaan Johor dapat mengukuhkan kerajaannya adalah disebabkan kewujudan Orang Laut serta sumbangannya amat jelas dan besar sekali iaitu dalam bidang keselamatan yang telah membantu dalam pengukuhan kerajaan Johor pada abad ke 17.

Taat setia negeri-negeri jiran

Kerajaan Johor turut menerima taat setia daripada negeri-negeri jiran kerajaan Johor sendiri.Keadaan ini telah mampu menjamin keselamatan dan pertahanan kerajaan Johor.Dalam hal ini,negeri-negeri tersebut akan membekalkan ketenteraan kepada Johor jika Johor diserang musuh.Taat setia negeri-negeri ini wujud kerana sebelum kewujudan kerajaan Johor sendiri,negeri-negeri ini turut memberi taat setia kepada kerajaan melaka.Disebabkan sultan yang memerintah Johor adalah berketurunan Kesultanan Melaka.Oleh itu,mereka akan meneruskan tradisi bertuankan Kesultanan Melaka yang berada pada kesultanan Johor tersebut .Negeri –negeri ini juga turut membekalkan barang-barang dagangan kepada Johor sehinggakan Johor telah menjadi satu pusat perdagangan yang begitu penting.Negeri-negeri di pantai timur Sumatra yang masih memberikan taat setia ini ialah Siak,Kampar dan Bengkalis.Mana kala negeri-negeri di tanah melayu sendiri pula seperti Pahang, Selangor,Negeri Sembilan dan Terengganu yang masih dibawah naungan Johor.Sokongan padu dan taat setia negeri jiran ini secara langsung telah memebantu kerajaan Johor mempertahankan kedudukan nya daripada sebarang ancaman. Taat setia yang diberikan oleh negeri-negeri tersebut telah membantu dalam pengukuhan kerajaan Johor.

12


Factor perdagangan.

Kedudukan Johor yang strategik

Keadaan persekitaran yang menarik dan strategic juga dapat membantu perkembangan sesebuah kerajaan..Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kedudukan negeri Johor yang strategik tersebut.Kedudukan strategik Johor iaitu terletak di pintu masuk dari Selatan ke Selat Melaka adalah amat penting sekali.Kedudukan strategik ini telah menjadikan Johor sebagai pelabuhan perdagangan yang penting berikutan kedudukan nya yang terletak diantara laluan perdagangan yang menghubungkan timur dan barat.Perlabuhan Johor adalah sesuai untuk dimasuki oleh kapal-kapal dan perahu dagang berikutan kedudukan perlabuhan tersebut yang terlindung daripada tiupan angin monsun iaitu tiupan angin monsun Timur Laut dan tiupan angin monsun Barat Daya disebabkan kedudukan Johor ysng strategik itu menjadikan Johor sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal dan maju.

13

Memandangkan perlabuhan Johor semakin penting,kerajaan Johor telah menyediakan barang dagangan yang diperlukan oleh saudagar-saudagar yang datang ke Johor seperti lada hitam,hasil hutan,benang emas,biji timah kain sutera dan banyak lagi.Barang-barang ini juga terdiri daripada barang dari dalam dan luar Johor sendiri.Disamping itu juga pembesar seperti Syah Bandar diberi tanggungjawab oleh kerajaan Johor bagi mengawal semua aktiviti perdagangan di perlabuhan dan Syah Bandar telah menjalankan amanah itu dengan cekap dan selamat.Disamping itu juga kegiatan perdagangan turut berlaku di Johor dimana para perdagang yang datang ke Johor saling memperdagangkan barang mereka.Perdagang-perdagang yang datang ke Johor adalah terdiri daripada perdagang dari China,India,Sepanyol,negara-negara eropah dan perdagang dari kepulauan melayu sendiri.Oleh itu,kedudukan strategik Johor ini telah memberikan faedah kepada Johor dimana ianya telah mewujudkan pelabuhan penting dan membantu meningkatkan ekonomi Johor.

System naungan

Disamping itu,kerajaan Johor juga turut melaksanakan sistem naungan dalam system pemerintahannya.Sistem naungan merupakan satu sistem yang menerangkan peranan pembesar Johor dalam melindungi nyawa dan harta benda setiap perdagang yang datang ke Johor.Pembesar-pembesar yang turut terlibat dalam sistem ini ialah bendahara,laksamana temenggung, syah Bandar serta penghulu bendahari.Biasanya pembesar yang terlibat dalam sistem ini akan mendapat ganjaran hasil daripada perdagangan yang dijalankan oleh perdagang mereka.Tujuan utama sistem ini diperkenalkan ialah untuk melindungi keselamatan para perdagang yang datang berdagang ke Johor daripada penagih hutang dan penjenayah. Keadaan ini pastinya dapat menjamin keselamatan para perdagang yang berdagang di Johor.

14

Keistimewaan lain yang turut diberikan kepada perdagang ialah para perdagang akan diberiakan pas daripada Belanda yang berbentuk cop mohor di mana telah mengizinkan para perdagang dibawah kuasa V.O.C. untuk berdagang di perlabuhan.Hal ini amatlah penting kepada perdagang kerana mereka dapat melakukan aktiviti perdagangan dengan bebas tanpa sebarang ancaman luar berikutan jaminan keselamatan yang diberikan kepada mereka.Kegiatan perdagangan yang berkembang pesat di Johor menjadi mewah dan mampu menyediakan kenudahan lengkap di perlabuhan Johor.Antara kemudahan yang terdapat di perlabuhan Johor ialah seperti kemudahan membaiki kapal yang rosak dan menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada perdagang yang datang berdagang di Johor.Kerajaan Johor juga telah menggunakan sistem timbang tara yang adil dan mengenakan cukai yang berpatutan kepada perdagang.Gudang juga turut dibina dibawah tanah untuk mengelakan dari sebarang kes kehilangan ,kecurian,dan juga kebakaran.Pengurusan di perlabuhan juga adalah sistematik dan turut dikendalikan oleh pegawai kerajaan Johor.Seterusnya keadaan seperti ini secara langsung telah menjadikan Johor semakin maju dalam bidang perdagangan melalui aspek sistem naungan dan perdagangan yang dijalankan.

Kesimpulan

15

Kesimpulan nya,kerajaan Acheh sebelum abad ke-17 merupakan sebuah kerajaan yang lemah.Segalanya bermula selepas penaklukan Melaka oleh pihak portugis pada tahun 1511,dimana lenyapnya sebuah kerajaan yang kuat di kepulauan melayu ketika itu.Penaklukan Melaka oleh pihak Portugis ini telah menjadikan kerajaan Ache sebuah kerajaan yang kuat dari sebelum nya.Malahan,demi kepentingan perdagangan masing-masing,kerajaan Johor,kerajaan Acheh dan pihak Portugis saling berperang untuk menguasai Perairan selat Melaka yang penting tersebut.Dalam hal ini,kerajaan Johor adalah pihak yang sering menjadi mangsa serangan kedua-dua pihak tersebut.Namun keadaan telah berubah selepas abad ke-17 dimana nasib telah menyebelahi Johor dalam beberapa pekara.Hubungan yang dijalinkan oleh kerajaan Johor dengan pihak Belanda merupakan satu langkah awal pengukuhan nya.Kekalahan pihak Portugis di tangan belanda dengan bentuan Johor telah membebaskan Johor dari ancaman satu kuasa besar yang selama ini telah menganggu kerajaan Johor. Keadaan sekali memihak kepada kerajaan Johor apabila Kerajaan Acheh telah mengalami kemerosotan.Kerajaan Johor telah memanfaatkan peluang yang ada dimana telah menyebabkan nya menjadi termasyhur seperti kerajaan Melaka.

16


Bibliografi

  1. Abdullah Zakaria bin Ghazali dan Zainal Abidin Burhan (editor),Johor Dahulu Dan Sekarang.
  2. Abdul Halim Abdul Rahman,Malaysia kita,Kuala Lumpur:Institutsi tadbiran Awam(INTAN),1991.
  3. Barbara Watson Andaya,Leonard Y Andaya,Sejarah Malaysia.
  4. L.Y.Andaya,Kerajaan Johor,1641-1728,Pembangunan Ekonomi Dan Politik,Kula Lumpur:dewan Bahasa Dan Pustaka,1987.
  5. Haji Buyong Adil,Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajah abad ke 15-19,Kula Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka,1983.
  6. 17

    Hussien Ahmad,Sejarah Tanah Melayu 1400-1963 (2n,ed)Kota Baharu:87 Pustaka Aman Press,1994.



[1] Haji Buyong Adil,Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajah abad ke 15 – 19,Kuala Lumpur ,Dewan Bahasa Dan Pusataka .1983,hlm.58.

[2] L.Y.Andaya,Kerajaan Johor 1641-1728:Pembangunan ekonomi dan politik,hlm.38.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP